Selalu kita mendgr org mengatakan lidah tidak bertulang. Barangkali kerana tidak bertulang lidah bebas mengucapkan apa juga kata2 dgn enaknya. Kalau kata2 yg manis itu sememangnya dambaan telinga tetapi kata2 nista dan tidak sopan juga lebih kerap berkumandang di mana2.
Kerana lidah yg tidak bertulang tetapi berhampiran dgn gigi yg seakan tulang menyebabkan lidah sll tergigit. Rasa sakit kerana tergigit menyebabkan lidah dapat berehat seketika drp mengeluarkan sebarang kata2 manis mahupun pahit.
Seorg ketua yg tdk berwibawa m'gunakn lidah utk meninggikan suara atas kesilapn kecil pekerjanya. Pekerja pula spt sukar utk meminta maaf jika tersilap sdgkan lidah bersedia utk melakukannya. Suami isteri bertikam lidah menegakkan benang masing2. Barangkali jika bebas memilih, lidah suka jika bertulang. Pergerakan akan lbh berhati2 takut kalau sersilap lngkah akan terseliuh atau pun patah....
Kata-kata
Tuesday, December 21, 2010
Anakku sayang
Setiaphari aku ajak anakku mendekatkan diri kpd Penciptanya
Supaya dia tahu sehebat mana pun manusia, itu hanya ciptaan Yg Maha Esa
Selalu aku ajak anakku melihat kesusahan
Supaya dia tahu bersyukur dgn apa yg dia ada
Kdg2 aku ajak anakku melawat org dalam kesakitan
Supaya dia tahu menghargai kesihatan
Sekali sekala aku ajak anakku bersenang lenang
Supaya dia dapat memilih arah tujuan
Buat anak tunggalku...bangkitlah syg. Biarkan Sazali ujud di dlm wayang, Tenggang itu jadikan sempadan. AlQamah telah pergi dgn tenang. Kita ada manusia Teladan ; uswatun hasanah Rasul Junjungan. Mak cuba mendidikmu sebaik mungkin, bukan menternakmu persis haiwan. Untuk ke sekian kalinya mak sangat sayangkan mu....Rizq Aidil Nasrullah

Thursday, December 16, 2010
Allah sentiasa mendengar. Bubur Assyura
Dlm perjalanan ke Ipoh semlm singgah sebentar di Masjid Jeram utk melegakan diri. Kariah masjid sedang memasak bubur Assyura. Anakku terus berkata ni kalau dapat sikit pun jadilah. Dlm hati aku berkata baru aje lepas breakfast ngan hot cake di T Intan. Namun sebagai ibu, kata2 yg keluar dari mulutku hanyalah "semoga Allah mendgr keinginanmu sayang".
Selesai urusan suamiku, kami menuju ke J Jusco. Lebih setgh jam tidak berhasil mendpt parking. Terus ke kedai Makan Sabar Menanti berhmpiran stadium. Oleh krn aku berpuasa maka aku tidak dpt makan bersama mereka di kedai makan kegemaran kami jika ke Ipoh.
Zuhur hampir ke penghujung.Kami singgah di rumah mertua utk bersolat. Masuk sahaja ke rumah, adik iparku terus mempelawa kami makan bubur Assyura yg diperolehi dari surau. Anakku terus memandang ke arahku dgn seribu makna. Aku segera tersenyum. Alhamdulillah Allah sentiasa mendengar, anakku sayang.

Sempena 10 Muharam
Hari ini 10 Muharam. Buat semua yg sudi berkongsi pesan Luqman al Hakim kpd anaknya:
1. Apabila engkau solat, jagalah baik2 fikiranmu
2. Apabila engkau bertandang ke rumah orang lain, jagalah pandangan matamu
3. Apabila engkau di dalam majlis jagalah lidahmu
4. Ingatlah kepada Allah SWT sepanjang masa
5. Ingatlah akan mati, iaitu bersedia menghadapi mati
6. Lupakan budi baikmu terhadap orang lain
7. Lupakan semua kesalahan org lain terhadapmu.
Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua. Sehingga bertemu lagi...saya ingin terus berkata-kata.

Wednesday, December 15, 2010
Aku sebagai kakak (Part 1)
Aku anak yg ke 10 daripada 12 org adik beradik. Mempunyai seorg adik lelaki dan seorg adik perempuan membuatkan aku sgt syg kpd adik2ku itu. Sewaktu kecil kami sgt rapat dan aku selalu menjadi pelindung kpd adik2ku.
Umurku berbeza dua tahun sahaja dgn adik lelakiku. Dia orgnya lemah lembut ataupun penakut sedikit sewaktu kecil Selalu kena buli dgn kawan2nya. Setiapkali waktu rehat aku akan menunggu adikku untuk sama2 berkongsi bekalan dari rumah. Kadang2 sewaktu membeli makanan di kantin aku akan tolong belikan adikku ais kepal. Waktu itu ais kepal dah cukup lazat dan dapat melegakan tekak tambahan jika cuaca panas. Sehingga ke saat ini aku masih ingat dialog kebanyakan murid2 yg membeli ais kepal ialah "ais kepal 5 sen balik 5 sen". Dialog ini memudahkan petugas kantin utk memulangkan duit baki. Aku pun menggunakan dialog ini sbb 5 sen sgt berharga bagi aku yg serba kekurangan.
Kini adik lelakiku sudah menjadi seorg lelaki yg kacak dan berwibawa. Siapa sangka tugasnya sekarang memerlukan ketegasan dan keberanian. Sebagai seorg kakak aku sentiasa mendoakan kesejahteraannya sekeluarga.
Adikku yg perempuan ataupun sibongsu pula muda tiga tahun daripada abangnya. Aku jg sgt sayang kpdnya. Bermula umurnya 4 tahun aku akan membawanya ke mana2 sahaja aku pergi. Aku sgt berbangga apabila kawan2ku memuji adikku comel. Adikku ada lesung pipit di pipinya. Bila org tanya pipinya berlubang siapa yg buat, dgn pelat dia jawab dia sendiri yg buat. Adikku...aku sayang kamu.
Tuesday, December 14, 2010
Hidup ini suatu pesona.
Selamat datang ke blog saya. Nama saya Natirah. Berasal dari sebuah keluarga yg besar. Sewaktu kecil saya dibesarkan di sebuah kampong yang sekarang ini semakin membangun.
Saya katakan hidup ini suatu pesona kerana kita seringkali menilai sesuatu dari luarannya sahaja tanpa mengkaji terlebih dahulu secara mendalam. Seperti kata orang putih "Don't judge a book by its cover". Barangkali kita kesuntukan masa untuk meneliti sesuatu perkara kerana zaman sekarang ni semua orang mahu cepat. Jika terlambat kita akan ketinggalan.
Hidup ini suatu pesona kerana kita mudah terpengaruh dengan kata-kata manis. Penjual akan mengeluarkan kata2 yg manis utk melariskan jualannya. Si pisau cukur sentiasa bermuka manis utk mendapat habuannya. Kuih muih yang manis akan cepat habis malah air tin yang manis itu menjadi rebutan. Di sebalik yang manis2 itu kita jarang terfikir ataupun tidak pernah terfikir akan akibatnya.
Ada lagi yang mahu saya tuliskan tapi cukup dulu setakat ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)