Umurku berbeza dua tahun sahaja dgn adik lelakiku. Dia orgnya lemah lembut ataupun penakut sedikit sewaktu kecil Selalu kena buli dgn kawan2nya. Setiapkali waktu rehat aku akan menunggu adikku untuk sama2 berkongsi bekalan dari rumah. Kadang2 sewaktu membeli makanan di kantin aku akan tolong belikan adikku ais kepal. Waktu itu ais kepal dah cukup lazat dan dapat melegakan tekak tambahan jika cuaca panas. Sehingga ke saat ini aku masih ingat dialog kebanyakan murid2 yg membeli ais kepal ialah "ais kepal 5 sen balik 5 sen". Dialog ini memudahkan petugas kantin utk memulangkan duit baki. Aku pun menggunakan dialog ini sbb 5 sen sgt berharga bagi aku yg serba kekurangan.
Kini adik lelakiku sudah menjadi seorg lelaki yg kacak dan berwibawa. Siapa sangka tugasnya sekarang memerlukan ketegasan dan keberanian. Sebagai seorg kakak aku sentiasa mendoakan kesejahteraannya sekeluarga.
Adikku yg perempuan ataupun sibongsu pula muda tiga tahun daripada abangnya. Aku jg sgt sayang kpdnya. Bermula umurnya 4 tahun aku akan membawanya ke mana2 sahaja aku pergi. Aku sgt berbangga apabila kawan2ku memuji adikku comel. Adikku ada lesung pipit di pipinya. Bila org tanya pipinya berlubang siapa yg buat, dgn pelat dia jawab dia sendiri yg buat. Adikku...aku sayang kamu.
huhuhu.. sia dik tu mesti cik ta yang berlesung pipit cute kan.. hehehhehe
ReplyDeleteFaizal...tepat sekali. Thanks.
ReplyDelete