Dlm perjalanan ke Ipoh semlm singgah sebentar di Masjid Jeram utk melegakan diri. Kariah masjid sedang memasak bubur Assyura. Anakku terus berkata ni kalau dapat sikit pun jadilah. Dlm hati aku berkata baru aje lepas breakfast ngan hot cake di T Intan. Namun sebagai ibu, kata2 yg keluar dari mulutku hanyalah "semoga Allah mendgr keinginanmu sayang".
Selesai urusan suamiku, kami menuju ke J Jusco. Lebih setgh jam tidak berhasil mendpt parking. Terus ke kedai Makan Sabar Menanti berhmpiran stadium. Oleh krn aku berpuasa maka aku tidak dpt makan bersama mereka di kedai makan kegemaran kami jika ke Ipoh.
Zuhur hampir ke penghujung.Kami singgah di rumah mertua utk bersolat. Masuk sahaja ke rumah, adik iparku terus mempelawa kami makan bubur Assyura yg diperolehi dari surau. Anakku terus memandang ke arahku dgn seribu makna. Aku segera tersenyum. Alhamdulillah Allah sentiasa mendengar, anakku sayang.
No comments:
Post a Comment