Selamat datang ke blog saya. Nama saya Natirah. Berasal dari sebuah keluarga yg besar. Sewaktu kecil saya dibesarkan di sebuah kampong yang sekarang ini semakin membangun.
Saya katakan hidup ini suatu pesona kerana kita seringkali menilai sesuatu dari luarannya sahaja tanpa mengkaji terlebih dahulu secara mendalam. Seperti kata orang putih "Don't judge a book by its cover". Barangkali kita kesuntukan masa untuk meneliti sesuatu perkara kerana zaman sekarang ni semua orang mahu cepat. Jika terlambat kita akan ketinggalan.
Hidup ini suatu pesona kerana kita mudah terpengaruh dengan kata-kata manis. Penjual akan mengeluarkan kata2 yg manis utk melariskan jualannya. Si pisau cukur sentiasa bermuka manis utk mendapat habuannya. Kuih muih yang manis akan cepat habis malah air tin yang manis itu menjadi rebutan. Di sebalik yang manis2 itu kita jarang terfikir ataupun tidak pernah terfikir akan akibatnya.
Ada lagi yang mahu saya tuliskan tapi cukup dulu setakat ini.
No comments:
Post a Comment